Thursday 8 January 2015

Pengalaman jaga anak kucing baru lahir tanpa ibu..


Tengah cari info cara2 nak jaga anak kucing tanpa ibu? Ada jumpa anak kucing baru lahir, pastu kesiankan dia dan nak jaga dia? Tahniah! Anda manusia berhati mulia dan penuh belas kasihan :) Moga Allah mudahkan usaha mulia kalian...

Ok, sebenarnya saya pernah ada pengalaman macam tu. Dan, jujurnya, saya seriuosly BUKAN penggemar kucing, malah saya boleh dikategorikan sebagai manusia yang tak suka kucing.. -__-

Nak dijadikan cerita, lebih kurang pada 3 tahun lalu (3 Disember tahun 2012), ayah saya ada jumpa seekor anak kucing depan rumah kami. Sangat kesian, baru lahir dan kena hurung semut, dengan mata pun tak bukak lagi.. Sebab kesian, kami pun ambil dia dan letak dalam kotak. Bayangkan, kecik sangat lagi, mana boleh duduk sekor2 tanpa ibu. Sejuk dan macam tak boleh tahan ja..  Atas nama perikemanusiaan pada si kecik ni, buat pertama kalinya, kami sefamily menerima kehadiran seekor kucing untuk dipelihara.. Alhamdulillah, semua sukakan si comel tu walaupun masing2 tak minat kucing pun..

Ok, meh tengok sikit si kecik tu macamana rupa dia.. ^^


Tadaa...!
Gambar ni diambil lepas beberapa hari kami jaga dia..



Saya faham perasaan insan2 yang nak pelihara seekor anak kucing tunggal, baru lahir tanpa ibu. Saya pernah lalui fasa2 perasaan dari kesian --> sayang --> risau --> tak keruan --> usaha sehabis baik --> nangis --> tawakal.. :(

Jadi, saya rasa saya perlu untuk kongsi pengalaman ini dengan mereka yang tengah cari orang untuk bercerita/bertanya tentang ni.. *sebab dulu pun saya dok mengoogle untuk cari ilmu nak jaga dia*

Ok, apa yang anda perlu buat untuk jaga baby kucing tu adalah...

Pertama sekali, sediakan si kecik tu sebuah tempat tinggal a.k.a kotak yang selesa dan sederhana besar. Mula2, 'rumah' dia tu saya alas dengan paper ja.. Em, nampak sangat kesian.. Sejuk kot, asyik tidur kat hujung2 kotak.. Jahil kan time tu tak pernah tahu keperluan seekor anak kucing...



Then, rumah dia di upgrade.. :)



Alaskan dengan kain, dan kena letak botol2 mineral berisi air suam kat tepi2 kotak.. Tak nak bagi dia sejuk kann.. Botol2 tu balutlah dengan kain alas, baru boleh si kecik tu buat bantal, tilam, macam ni haa..


Kain alas pulak boleh dibuat selimut... :)


Baby kan, tido ja lah keja nya.  ;)







Macam2 style tido..

Okeh, settle bab tempat tido dan main2.. Sekarang bab kedua yang agak penting jugak untuk dia.. Dia ni pelik skit, suka menghisap.. -__-

  

Dia akan hisap jari sesapa ja yang pegang dia. Maybe mengharapkan susu ibu dia.. Kesian kann..
Jadi, kami bagi dia botol susu.. ^^





Kuat makan sangat tau.. :) *tu botol susu kucing. boleh beli kat pet shop* Harus beringat, time kritikal dia nak survive ni, tolong jangan bagi dia susu tepung yang kita biasa minum tu ye, tu susu lembu, lain kisah penghadamannya. So, usahakan cari susu kucing kat pet shop. *selalu packaging dia tulis cats/dogs milk.*

Kami pernah bagi susu tepung yang biasa kita minum tu kat dia. Kejahilan masih membelenggu kan masa tu... Dia jadi lembik, dan sembelit, tak dapat buang air besar. Perut pun keras semacam. Allah saja la tahu macamana tak keruannya kami masa tu. Ingat dia dah nak mati. 

Kami try bagi dia air, bagi dia minum susu kucing, dan usahakan bagi dia berak.. Alhamdulillah lepas tu dia ok dan makin sihat. Macamana nak bagi dia berak? Letakkan minyak di cotton bud dan sapukan di lubang dubur dia. Urut2 sikit dengan cotton bud tu. Bab2 membuang, memang kita kena stimulate sebab dia tak pandai lagi. Kalau ada ibu, ibu dia yang akan jilat. So, selalu la sapu2 tempat kencing dan anus dia bagi dia berkumuh ya.. (ilmu ni veterinar kat kinik haiwan yang bagitahu) Menjaga kencing berak ni memang kena kenal.. Kata nak jaga dia kan? Kena lah berkorban jiwa dan raga :)

Ofkos, kalian sangat memerlukan hati yang tabah dan semangat yang kental untuk berkorban menjaganya siang dan malam. Kucing tu kena belek selalu, bagi dia ransangan.. Kenapa? 

Kata orang, anak kucing yang hidup sorang2 tanpa ibu, peluang hidup dia sangat tipis.. Jadi, banyak lah usaha dan pengorbanan kena buat..Tengah malam pun kena bangun bila dia berbunyi, macam jaga baby manusialah..huhu.. 

Terkedu jugak la bila jumpa veterinar dan veterinar tu sendiri kata: "tak banyak anak kucing macam ni boleh bertahan..." T_T Kita punya nak dia boleh survive, Saya tahu, vatrinar tu cakap macam tu sebab tak nak bagi berharap sangat...

Untuk kes kucing saya ni, alhamdulillah.. Allah panjangkan umur dia, Allah bagi dia kuat..So, dia masih dapat hidup pada bulan2 seterusnya.. Haa.. Doa jangan dilupa! Allah saja yang bisa memanjangkan umur dia dan meminjamkan dia kepada kita seberapa lama yang Dia nak.. Jadi, lepas usaha yang terbaik, jangan lupa doa dan tawakal ya.. Jujur, saya sampa menangis2 pada Allah, minta Dia bagi saya peluang jaga kucing ni dengan baik sampa dia dewasa. :)



Sajee bawak dia jejalan depan rumah..^^

 

Nampak tak, mata pun tak buka lagik.. Umur tak sampai seminggu..

Dia membesar dan membesar..





Perut bulat!




Ini saja gambar2 yang dapat dikongsi.. *banyak sangat dah tu..haha*

Ok didie..

Smile!


*sekarang dia dah besor pun..dah nak masuk 4tahun dah hidup dan pernah ada anak pun..*

.
.
.
.
.
.
.
.





















Dah jadi mak orang... ;) but unfortunately, anak2 dia suma dah mati.. T_T 

Apa2 pun, alhamdulillah! Allah masih pinjamkan dia sehingga saat ini :)

46 comments:

  1. Ala kenapa anak2 dia mati? kalau tak dah ade cucu da skrg..hehe
    saya nk tanya, haritu terjumpa ank kucing depan rumah, kecik agi..tak bukak mate lagi pon. taksedar yg selama ni kucing tu ade kat dlm salah satu kotak kosong kami. saya tau mak dia selalu dtg, tp saya selalu halau dia. bukan sbb kami kejam atau anti-kucing, but saya ada bela arnab sekor satu. takut2 la kan, dia pi kacau rabbit tu. sbb saya dah pernah ada trauma, but mmg patutlah kucing kacau sbb dia baby lagi. matilah bdk tu. so semenjak tu saya fobia bila kucing dtg dkt2 ngan rabbit saya. tp tu sblum saya tau yg dia dah beranak kat dpn rumah saya, so maybe lps ni saya tak halau agi la. sian baby dia nk minum susu kang..so soalan saya ialah perlukah saya sediakan semua keperluan seperti pad pemanas, susu formula and sbgainya? saya hanya alaskan taula lembut je, sbb kesian sejuk kat luar tu. tp saya takut la plak ntah2 saya ni dah 'menceroboh' sarang kucing tu...tulah saya tak tau nak buat apa skrg ni.. pls help meee

    ReplyDelete
  2. Kat rumah sy ada 3 ekor anak kucing yg lahir pd 14/9/2015. Seminggu lepas dia lahir mak dia tak balik2 sampai skrg. Buat masa ni sy bagi susu kambing 3 kali sehari, sy nak tahu bila waktu sesuai nak bg makan wet food and mcm mana nak ajar dia berak dan kencing di tempat sepatutnya sbb dia dah tak ada role model utk diikut. Sy bimbang dia tak pandai buat semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak pasir dlm bekas, biasa nanti dia akan membuang dekat dlm bekas tu je. Tu yg sy pnh buat la huhu

      Delete
  3. Kat rumah sy ada 3 ekor anak kucing yg lahir pd 14/9/2015. Seminggu lepas dia lahir mak dia tak balik2 sampai skrg. Buat masa ni sy bagi susu kambing 3 kali sehari, sy nak tahu bila waktu sesuai nak bg makan wet food and mcm mana nak ajar dia berak dan kencing di tempat sepatutnya sbb dia dah tak ada role model utk diikut. Sy bimbang dia tak pandai buat semua tu.

    ReplyDelete
  4. minyak ap nk sapu kat dubur dia tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X pasti minyak apa yg digunakan tetapi ada cara alternatif utk stimulate kucing untuk berak n kencing. Caranya adalah dgn mengambil tisu dan lembapkannya lalu sapu di bahagian keluar air kencing dan tahi selama 2 minit. Dia hny perlu berak sekali sehari. Pastikan anda stimulate kucing amda setiap kali selepas menyusukannya. Boleh rujuk video "Orphaned Kitten Routine" di YouTube. :)

      Delete
  5. Saya jumpa 3 ekor anak kucing.. mak dia mati kena makan anjing.. sekor demi sekor anak kucing tu mati.. mcm2 cara dah sy cuba... bawak pegi vet.. bagi susu setiap 3 jam sekali.. dengan harapam ada la sekor yg leh hidup... tapi semuanya pegi..
    T_T

    ReplyDelete
  6. Saya jumpa 3 ekor anak kucing.. mak dia mati kena makan anjing.. sekor demi sekor anak kucing tu mati.. mcm2 cara dah sy cuba... bawak pegi vet.. bagi susu setiap 3 jam sekali.. dengan harapam ada la sekor yg leh hidup... tapi semuanya pegi..
    T_T

    ReplyDelete
  7. Allah hu akbar... sy br ada 4 ekor kucing br sgt dilahirkan..si ibu sekali je menyusukan..lps tu entah kemana...kesiannnnnnn nya sy tgk..huuu..terima kasih..info nie..kucing dah ada dgn sy 3 hari dah..masih nyawa nyawa ikan... insyallah esok sy belikan susu dia ngan botol dia...

    ReplyDelete
  8. Happy jer baca blog ni pasal kucing. Saya penggemar kucing & saya satu family penggemar kucing! Kira kira balik kucing saya dari dulu sampai yg mati yg hilang yg hidup. Hampir 100 ekir jugaklah :') Semua kucing saya kutip tepi jalan. Sbb mama sorang yg penyayang. So alergik dengar suara kucing mesti terus amik. HAHAHA. Alhamdulillah, semua kucing yg dekat dengan saya dan family jarang lari dari kami, seolah olah kucing tu tahu kami ni sayangkan kucing.

    ReplyDelete
  9. Saya ada jumpa anak kucing 2ekor.. tapi mata dia dah buka,tk tahu laa umor dye dh berpa. Munking lebih dlam 4mnggu kowt.. saya cuba bagi susu guna botol kucing tu, tapi kucing tu tk nak minum.. knp yee? Kalau makan pon nak yg TUNA tu je..

    ReplyDelete
  10. Saya ada jumpa anak kucing 2ekor.. tapi mata dia dah buka,tk tahu laa umor dye dh berpa. Munking lebih dlam 4mnggu kowt.. saya cuba bagi susu guna botol kucing tu, tapi kucing tu tk nak minum.. knp yee? Kalau makan pon nak yg TUNA tu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga sbb dia dh besar,jd dia x prlu minum susu dr botol.

      Delete
  11. Mengapa yer ibu kucing tak mahu susukan anaknya. Kucing saya baru jer beranak pd 20/9. Hari ni sekor baru jer mati kesejukan n tidak minum.Tak taula yg lain tu...

    ReplyDelete
  12. Mengapa yer ibu kucing tak mahu susukan anaknya. Kucing saya baru jer beranak pd 20/9. Hari ni sekor baru jer mati kesejukan n tidak minum.Tak taula yg lain tu...

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Brape kali nk bgi dia minum susu??? Sebab saya ank kucing nii masih dlm keadaan merah sprti baru lahir

    ReplyDelete
  15. Brape kali nk bgi dia minum susu??? Sebab saya ank kucing nii masih dlm keadaan merah sprti baru lahir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Sis. x silap yg bru lahir kene susukan every 1-2 hours. And setiap kali lps susukan, kene bersihkan dia n stimulate dia utk kencing dan berak. Sila search "Orphaned Kitten Routine" at YouTube. :)

      Delete
  16. Saya ada jumpa anak kucing,baby lagi. baru dua minggu bela tapi hari ni dy mati. Pagi tdi sblom dy mati mak bawak p klinik, doktor kata sebab susu kucing tu. Doktor kata dia xleh minum banyak. Susu kucing pon x elok juga bagi selalu sangat. Kena ikot jam. Saya setiap kali dia nagis saya bagi, ni jadinya dah x belajar. Doktor kata dia xdapat hidup lama. Doktor bagi 'air garam' ubat kucing yaa bukan garam masak. Lepas bg ubat tu dia mati. Sedih, rasa bersalah smua ada. Rasa dosa pon ada sbb x dapat jaga sampai besar. Dosa kaaa��

    ReplyDelete
  17. Saya ada jumpa anak kucing,baby lagi. baru dua minggu bela tapi hari ni dy mati. Pagi tdi sblom dy mati mak bawak p klinik, doktor kata sebab susu kucing tu. Doktor kata dia xleh minum banyak. Susu kucing pon x elok juga bagi selalu sangat. Kena ikot jam. Saya setiap kali dia nagis saya bagi, ni jadinya dah x belajar. Doktor kata dia xdapat hidup lama. Doktor bagi 'air garam' ubat kucing yaa bukan garam masak. Lepas bg ubat tu dia mati. Sedih, rasa bersalah smua ada. Rasa dosa pon ada sbb x dapat jaga sampai besar. Dosa kaaa��

    ReplyDelete
  18. Apa saya nak buat ni anak kucing saya tak mau minum susu mak dia. Tapi aktif je risau pulak. Tolong saya. Apa nak bagi kat anak kucing yang dah 4 minggu ni

    ReplyDelete
  19. Sy baru jumpa anak kucing td..mak die dah xde..sy dah bg die susu sblm masuk tidur guna picagari..die minum dlm 2ml..harap2 die bertahan la..dan membesar dgn sihat..tq info pasal pembuangan najis..kalau x sy pun xalert pasal ni..tq😊

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..Boleh Bantu Saya ..Kisah Dia Macam Ni..minggu lepas ada Orang Buang Anak2 Kucing ..rasa umur Kucing Tu 4 Minggu Sebb dah Buka Mata 5 Ekor semuanya ...saya Ni Jenis bekerja 12 jam Dan duduk sendiri .. dan saya Hanya dapat jaga yg Termampu,bila balik Keje bisinggnya ...sebb diorang terlalu Lapar..sesiapa Yg sanggup Jaga ..boleh Hubungi Saya di 0129336591 .saya Tinggal di Jalan Kluang Batu 5 Di johor batu Pahat..

    ReplyDelete
  21. Orang Yang Buang Tu Takde Hati perut..time Hujan..Dia boleh Letak anak2 Syurga Tu tepi Jalan Tanpa beralas Kotak ...saya Ingat Cendawan atas rumput bergerak ..rupanya Anak2 Kucing kecik Lagi ..baru Pandai Buka mata ...yg Paling saya Geram Dia Buang tu bukan Dengan Maknya Sekali ..saya Cuma Bersangka Baik ..mungkin maknya dah Mati..tolong saya...kalau kerja Saya tak bz ..saya mungkin dah jaga tapi Disebbkan kerja Saya ni 12 jam..so saya Takut anak2 syurga tu Tak Bertahan lama..Tolong Hubungi saya Secepat Mungkin..area Batu Pahat

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian :))

    ReplyDelete
  23. Nak tanya, minyak yg awak guna untuk lap lubang dubur kucing tu, guna minyak apa ye? Sebab kucing saya ni dia berak okay tapi still ada melekat kat dubur dia sikit betul betul dekat lubang dia. Buntu...

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum..sy ad ank kucing nie..mak dy mati... macam mana eh ank kucing nie xnk mnyusu...dh bli btol..dh bli susu..smua dy xnk...mkin ary makin lemah..makin krus...krus sgt2...ap perlu buat eh...tlg jp..jtuh air mata tgk dy...T.T

    ReplyDelete
  26. Hari ini saya jumpa 2 ekor anak kucing( kurang seminggu, mata xbuka lagi) saya baru tahu kena stimulate tempat buang air. Kebetulan saya baru je nak buat dah membuang, makin stimulate makin banyka pula. Dan seperti dikatakan, benar, pengorbanan kena ada huhu. Tq utk info. Saya pun harap anak kucing ini boleh survive.

    ReplyDelete
  27. Suami sy ada jumpa anak kucing. Ada 3ekor.. mak takde dah lari.. lagi dua mati kene makan dek anjing.. tgl lah satu.a. BABY nama di beri.. sy buka. La minat sgt ng kucig neh.. suami sy mg pengemar kuciing.. die la yg jaga.. ada satu hari tbe2 die jadi lembik tak bermaya.. minum susu pn tknak.. mata pn makin lama makin perlahan nk tutup.. suami bgi susu dutch lady low fate tuh.. mg ktowg ingat die dah mati.. sb die dah keras masa kt tgn suami.. suami pn Peluk die kami menangis teresak laki bini.. sb dah rasa syg sgt kt baby.. ikot kiraan umur die mase tuh dlm 20hari.. pastu tbe2 dlm keadaan berpeluk die bernyawa balik.. mgkin allah dgr doa rintihan kami mse tuh.. die bernyawa kembali dan suami cepat2 bgi minum air masak.. smpai ke hari ne die masih bernyawa.. kami tak tahu yg kucing tk boleh minum susu lembu. Ble dah tahu cepat2 g beli susu kucing.. terima lasib ya allah sb bagi kami peluang jaga die mcm anak kami jugak.. kami dah 5thn kawin belum ada anak mgkin lepas jaga BABY akan ada rezeki anak tok kami.. amin..

    ReplyDelete
  28. uhuhu.. laki sya baru saja terjumpa anak kucing sebesar pic yg no18..tue.. bau dan kotor.. kami mandikan.. tetapi dya "pergi" juga.. uhuhu.. sedihnya.. bulusnya pun putih dan gebu.. sedihnya kami sekeluarga.. 😢 😔

    ReplyDelete
  29. Awak kucing lembik mcm mne eh dia kena sapu minyak pe?

    ReplyDelete
  30. Replies
    1. saya ade anak kucing tapi tk berak? minyak pe akai?

      Delete
  31. maybe the author never reply all of your comment above because of her busy day😁

    ReplyDelete
  32. Anak kucing boleh bertahan berape lamenya kalau dia tak menyusu?

    ReplyDelete
  33. Kain lapik tu slalu kene tukar ke?
    Sbb kucing ni myb smmgu sbb bru je blh jaln.
    Tahu2 dah ade dlm umh..xthu sape punye ibu kucing tu.
    Nk buang xsmpai ht sbb baby lg

    ReplyDelete
  34. terima kasih .. inform ni sangat berguna .. 😊

    ReplyDelete
  35. T.kasih kongsi pengalaman..sya ada 4 ekor kitten bru 4 ari..ibu x nk nyusuhkn..klu ltkn ibu dlm bakul @sangkar.. ibu tgk je ank dia.si ibu ada mslh pendarahn

    ReplyDelete
  36. Baru 3 hari selepas anak saya jumpa kucing baby lagu mata da bukak tapi anak daya jumoa dalam plastik kat dalam longkang ,dengN rasa kesian anak saya bawak balik. Dari bawak balik sampai sekarang asyik nangis saya da cuba urut dia panas kan badan dia tapi still nangis jugak sampai tak boleh tido di buat nye ...apa kah patut saya laku kan saya ada kucibg yang baru lepas beranak anak dia sekarang da hampir sebulan tapi dia taknak kucing lain hampir kat dia kalau kita leyak dia menjerit meroyan dia taknak anak kucing lain selain anak dia ..sedih la apa patut saya buat

    ReplyDelete
  37. Kenapa dubur anak kucing saya selalu basah yea???

    ReplyDelete
  38. Sy nak tnya kenapa anak kucing sy xmau minum susu ya dah bg susu kambing bubuh dalam botol lagi tapi dia xnak dia meronta ronta..ibu dia dh xda mati. Sapa tau nk handle mcm mna hbaq sat buntuuu.

    ReplyDelete
  39. nak tnyr la . saya ounye kucing dh besa sikit. mcm dlm gambr yg die senyum tu. saya bagi die susu. . die jdi lebik.. jadi kira sehari brapa kali nk sapu minyak ke jubur die tu..and pakai minyak kelapa atau minyk rambut Johnson's?? .

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum.. saya jaga koko dari dia belum buka mata. Saya anggarkan usia 3hari. Saya jaga dia selama 19hari.. dari mata dia belum buka,sehingga mata dia bengkak nanah,sehingga dia buka mata. Berak kencing dia ok. Susu pun ok. Hingga satu hari hari ke 18 dia lembik pagi tu. Tp dalam tghari dia ok . Still bawa peegi vet . Doc bagi ubat cacing diusia 18hari. Hari ke 19 dia sangat² lembik pagi tu. Ada najis yang pelik 2 ketul. Kuning bercampir hitam. Tak tahula kenapa . So dari 7.30am sehingga nafas dia terakhir 12.18pm saya berada bersama nya. Dan dia nazak pun atas telapak tangan saya . Saya bagi air , bagi susu sikit dia baru dia keluar suara mengiau namun koko pergi jua 😭 First time saya jaga anak kucing sekecil ini. Entri ini banyak membantu saya dalam tips penjagaan koko. Terima kasih cik @ puan .

    ReplyDelete